Kegunaan plastik
Plastik amat berguna dalam kehidupan
harian. Plastik dibahagikan kepada 2 jenis iaitu; termoplastik dan plastik
termoset.

Termoplastik mempunyai 5 contoh plastik iaitu; politena,
polipropilena, polistrena, polivil klorida (PVC) dan perspeks. Politena
digunakan untuk membuat beg plastik, bikar, baldi, barang permainan, baju
hujang, belon cuaca, botol plastik, filem, bekas makanan, bahan penebat
elektrik, pinggan mangkuk dan tong sampah. Polipropilena digunakan untuk
membuat kerusi, botol susu, bekas makanan, kotak alatan dan dulang makanan. Polistrena
digunakan untuk membuat kotak pembukus, abjad untuk iklan, papan kenyataan,
butang dan penebat haba. Polivil klorida (PVC) digunakan untuk membuat
piring hitam, tirai bilik mandi, pengalas lantai, penyelut perabot, tempat
duduk kereta, bahan kalis air, botol, bekas marjerin, penyangkut baju, jubin
lantai, paip air, penebat dawai dan kabel elektrik. Perspeks digunakan
untuk membuat cermin kereta, tingkat kapal terbang, kanta, bumbung lut cahaya,
gelas (kaca gentian) dan benda-benda perhiasan.

Plastik
termoset mempunyai 3 contoh plastik iaitu; bakelit, melamina dan resin epoksi. Bakelit
digunakan untuk membuat butang, peralatan telefon, bamper kereta, kamera,
pemengang alat memasak, bekas radio, televisyen, palam dan suis elektrik. Melamina
digunakan untuk membuat pinggan mangkuk, besen basuh, permukaan atas kaunter
dan meja. Resin epoksi digunakan sebagai bahan pelekat bagi logam, kaca,
kayu, kulit haiwan, konkrit, penyelut, peti bateri dan badan sampah.
No comments:
Post a Comment