Tuesday, August 14, 2018

Plastik (Potensi penggunaan)

Potensi penggunaan plastik dalam pelbagai bidang

            Plastik mempunyai banyak kegunaan. Ini adalah kerana sifat plastik seperti tahan terhadap kakisan, labih tahan lama, mudah dicuci, murah kuat, ringan dan boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk membolehkannya digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Banyak plastik telah dicipta untuk menggantikan logam, kertas, kayu, batu, gentian semula jadi, kulit haiwan, kaca dan seramik.

            Kebanyakan plastik akan pecah atau lentur apabila ditekan atau diletur dengan kuat. Akan tetapi, apabila plastik poliester dicampur dengan utas-utas kaca, maka terhasil pula kaca gantian yang ringan, berguna dan kuat seperti konkrit. Kaca gantian digunakan untuk membuat tangkal pengail ikan, badan kereta, bot dan kapal terbang.

            Plastik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Terdapat beberapa penggunaan perubatan pelastik termasuk; untuk menggantikan kerosakan arteri dan injap-injap jantung, untuk menggantikan tulang-tulang rosak seperti; sendi-sendi pinggan, lutut dan jari, plastik yang mendegradasikan dalam badan digunakan untuk membuat benang jahitan luka dan kapsul ubat, untuk membina semula struktur muka yang musnah disebabkan kemalangan, dan untuk membuat pil-pil kamera yang direka khusus untuk menangkap gambar organ-organ dalaman.

            Kini, kebanyakan bahagian kereta dibuat daripada plastik. Sebagai contohnya, bampar, cermin depan, penutup tangki minyak, kipas dan stereng adalah diperbuat daripada plastik.

            Plastik juga digunakan untuk membuat tingkap kaca kereta dan kapal terbang serta kaca kalis peluru. 

No comments:

Post a Comment

Etanol