Kesan pembuangan plastik yang tidak terurus ke
atas alam sekitar
Plastik
digunakan secara meluas untuk membuat pelbagai jenis barangan dalam kehidupan
harian kerana ia lebih murah dan tahan lasak berbanding dengan polimer semula
jadi seperti sutera, kapas, getah dan wul. Pengunaan plastik secara meluas
telah menimbulkan banyak masalah pencemaran alam sekitar. Bahan plastik
terpakai yang dibuang akan berkekalan dialam sekitar kerana plastik tidak
terbiodegradasikan. Jika dibakar pula karbon dioksida dan gas-gas beracun
yang disebut dioksin dihasilkan.
Pembebasan karbon dioksida yang
berlebihan ke atmosfera akan menimbulkan kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau
memerangkap haba di atmosfera dan menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Gas-gas dioksida pula amat beracun
dan akan menjejaskan kesihatan walaupun pada paras serendah satu bahagian per
trilion. Menurut penubuhan kesihatan sedunia (WHO), pendedahan jangka panjang
berkaitan dengan kerosakan sistem imun dan penjejasan fungsi sistem pembiakan
serta sistem saraf.
Bahan
plastik terpakai harus diasingkan daripada sampah sarap lain. Jika dibung ke
dalam tong sampah yang sama dengan sampah lain, bahan plastik itu bersama-sama
sampah lain akan dihantar ke tepak pelupusan sampah sarap untuk dibakar.
Pembuangan
sampah sarap ke dalam longkang dan parit boleh menyebabkan banjir kilat. Bekas
plastik terpakai yang dibuang menjadi tempat pembiakan nyamuk apabila
menangkung air hujan. Pembunagan bahan plastik di lautan pula boleh menyebabkan
kepupusan haiwan laut seperti penyu. Penyu yang termakan sisa plastik keranan
disangkakannyan makanan akan tercekik dan mati.
Kita
harus menyedari bahawa pembuangan bahan plastik dengan sewanang-wenangnya bukan
sahaja merosakkan keindahan alam tetapi juga mencemarkan alam sekitar kita.
No comments:
Post a Comment