Tuesday, August 14, 2018

Etanol



Alkohol







Sains Kehidupan


1.0 PENDAHULUAN

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. Mendengar istilah biodiversiti mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi ‘biological diversity' ataupun kepelbagaian biologi yang mana ia didefinisikan sebagai keanekaan di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

Kepelbagaian genetik merupakan kepelbagaian di dalam spesies yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan di antara populasi sesuatu spesies. Bagi kepelbagaian spesies pula ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain.

            Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita.

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR
Keseimbangan alam sekitar bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.

Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.

Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.

3.0 KEPENTINGAN KITARAN SEMULAJADI DALAM MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah sangat penting kepada manusia kerana alam sekitar membekalkan oksigen, makanan, air, tempat tinggal, dan lain-lain.

Alam Sekitar merangkumi tanah-tanih, hutan, gunung-ganang,bukit-bukau, sungai, tasik,dan lautan. Ia menjadi tanggungjawab kepada manusia yang dikurniakan akal untuk menjaga alam sekitar. Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan.

            Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara  perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan  mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang  menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari  dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.


3.1 KITARAN SEMULA JADI
3.1.1 KITARAN NITROGEN







Kefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan ketutu terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik.

Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar.

Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam.

Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan.

Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan.

Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit.

Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam.

Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara.

Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran.

3.1.2 KITARAN KARBON

Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan.Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis.Haiwan yang makan tumbuhan, memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya.Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dan tubuh haiwan akan mereput.

       Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida. Semasa pernafasan, kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida. Jadi, proses-proses seperti pereputan, pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis.

3.1.3 KITARAN AIR


Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat"dan juga"bermula".

3.2 SIRATAN MAKANAN
Tenaga dipindahkan dari satu organism ke oraganisma yang lain melalui rantai makanan. Beberapa rantai makanan boleh digabungkan untuk membentuk satu siratan makanan. Dalam satu siratan makanan, organism-organisma saling berinteraksi untuk memperoleh makanan dan aliran tenaga berlaku dari pengeluar ke pengguna.

Selain itu, dalam satu siratan makanan, tumbuhan hijau mengunakan cahaya matahari untuk membuat makanan. Pengguna yang memakan pengeluar dan seterusnya pengguna yang memakan pengguna yang lain membolehkan tenaga dialirkan dalam siratan makanan.

Akhir sekali,apabila pengelur atau pengguna mati, pengurai seperti bacteria dan kulat akan mengurai bahan kompleks menjadi bahan ringkas yang boleh digunakan semula oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan. Aliran tenaga akan bermula sekali lagi. Dalam alam sekitar,kejadian aliran tenaga dalam siratan makanan berlaku secara seimbang. Semua organisma hidup memperoleh tenaga untuk melakukuan proses hidup.

3.3 KESAN BENCANA ALAM KEATAS KESEIMBANGAN ALAM DAN KEHIDUPAN MANUSIA.
3.3.1 TANAH RUNTUH

            Tanah runtuh merupakan satu malapetaka yang member impak yang berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.Antara kesan sosial yang dapat dihuraikan adalah kehilangan nyawa. Apabila berlakunya tanah runtuh, banyak nyawa akan terkorban.Contohnya, tragedi tanah runtuh yang menyayat hati di Highland Tower, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993 yang telah meragut 48 nyawa dan ramai yang cedera.

            Tanah runtuh juga akan menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Kos yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga.

3.3.2 RIBUT TAUFAN

            Ribut taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

            Selain itu, di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar. Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.


3.3.3 TSUNAMI

            Harta benda yang dimusnah meliputi harta benda peribadi, syarikat, perniagaan, harta benda milik kerajaan dan awam. Justeru, kerugian yang ditanggung oleh sesebuah Negara boleh mencecah jutaan ringgit bergantung pada tahap keseriusan bencana tersebut.

            Selain itu, meragut ribuan malah mencecah ratusan ribu nyawa. Mangsa meninggal dunia akibat kecedaraan parah, lemas, dan sebagainya. Sebagai contoh, kejadian tsunami pada tahun 2004 telah meragut lebih 200 ribu nyawa di Indonesia.

            Di samping itu, bencana alam juga boleh menjejaskan ekonomi sesebuah tempat dan Negara. Kemudian infrastruktur yang berlaku menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas.

            Akhirnya hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan habitat flora dan fauna.

3.3.4 LETUPAN GUNUNG BERAPI

            Kesan letupan gunung berapi keatas keseimbangan alam dan kehidupan manusia antaranya, penerbangan dibatalkan atas faktor keselamatan. Kepulan awan mengurangkan jarak penglihatan juruterbang yang boleh membawa kemalangan di atas udara. Selain itu, ia menyebabkan kerosakan enjin kapal terbang. Ini secara tidak langsung merugikan syarikat penerbangan dan sektor pelancongan. Gelap dan cuaca menjadi lebih sejuk. Kepulan awan berdebu melindung dan memantul semula cahaya matahari ke angkasa daripada sampai ke daratan. Sumber makanan manusia terganggu. Tanaman dan haiwan peliharaan perlu cahaya matahari untuk ‘survival’, boleh membawa kepada kebuluran. Kesihatan manusia terjejas kerana bahan kimia berbahaya dalam awan berdebu tersebut. Paras sungai meningkat boleh sebabkan banjir. Letusan gunung berapi menyebabkan ais cair dan mengalir ke sungai.

3.3.5 GEMPA BUMI

            Kejadian gempa bumi yang besar akan meninggalkan kesan mendalam kepada semua penduduk dunia. Antara kesan-kesannya ialah kematian atau kecederaan, kebakaran, tanah runtuh, tsunami, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal dan sebagainya.

            Kebanyakan manusia akan terperangkap di dalam bangunan yang runtuh atau batu bata yang jatuh ke jalan semasa gempa bumi berlaku. Oleh sebab itu, kematian atau kecederaan banyak terjadi terutamanya apabila berlaku gempa bumi yang besar. Dalam keadaan yang cemas, manusia akan berlari keluar bangunan untuk menyelamatkan diri tetapi sebenarnya tindakan mereka itu salah. Kemungkinan untuk tertanam di bawah serpihan kaca dan batu-bata adalah lebih tinggi di luar bangunan berbanding di dalam bangunan. Misalnya dalam kes gempa bumi di Loma Prieta, California pada tahun 1989, ramai orang terkorban akibat di tanam oleh batu-bata dan serpihan kaca daripada bangunan yang runtuh ke jalan raya. Seramai 63 orang kehilangan nyawa dan 3, 757 cedera pada gempa bumi berskala 6.9 Ritcher itu.

            Selain itu, pada 27 Julai 1976 juga berlaku gempa bumi yang besar di Tangshan, China. Seramai 255, 000 orang terkorban dan dianggarkan 690, 000 orang tercedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata akibat gempa bumi tersebut.

            Akhir sekali, Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan ikan dan hidupan laut terganggu. Kesannya dalam jangka masa panjang hidupan laut berkurangan.

3.4 CARA UNTUK MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR.

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

          Kaedah biologi. Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap .Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.
4.0 KESIMPULAN

Bencana alam merupakan sebahagian daripada peringatan terhadap kesalahan dandosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus.Nabi Allah itu mengajak umatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripadaberbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, sertamerta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman danternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat NabiYunus kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar.Bencana alam ini sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek yang berbeza mengikutpemikiran, cara dan pandangan manusia masing-masing. Perspektif manusia yang pertamaialah bencana ini berlaku disebabkan oleh kejadian semula jadi yang mana hanya sains sahajayang boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang kejadian tersebut. Kejadianfenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logik. Manusia mengkaji dan membuatkesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintfik semata-mata. Perspektif yang keduaialah manusia menerima hakikat bahawa fenomena ini bukan kejadian alam tanpa pengajarandan menyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu dikirkan.
 
Setiap manusia haruslah menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri,manusia perlu menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Setiapkejadian bencana alam yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT. Manusia datangdaripada Allah, maka kepada Allah juga manusia itu kembali. Setiap masyarakat perlu

bersyukur dengan setiap kejadian yang telah diturunkan. Dalam kejadian bencana alam tersebut diperlihatkan bahawa dengan kuasa Allah tidak ada kuasa manusia yang mampumenolak atau melawan, dan sebaliknya kalau Allah tidak mengkehendaki nescaya mereka akanhidup serta diselamatkan. Manusia tidak mampu menghindar takdir yang telah Allah SWTgariskan. Kemajuan teknologi yang dicapai oleh manusia kadang menimbulkan sifat sombongbagi sebahagian orang, seakan dengan kemampuan tersebut mereka boleh menghindar ataumenakluk bencana alam.Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alatuntuk merenung dan berfikir perkara yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yangberlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yangberfungsi sebagai pengajaran untuk manusia. Adakalanya bencana alam itu berlaku akibatproses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumiatau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanahruntuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotongpokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaanalam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yangmembuang sampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.Setiap manusia perlulah mengambil iktibar daripada setiap peristiwa-peristiwa yangtelan berlaku kepada manusia lain, dan memikirkan kembali segala dosa dan kesalahan yangtelah dilakukan di muka bumi. Setiap bencana yang datang merupakan satu peringatan kepada manusia untuk membetulkan kembali diri dan kembali kepada Allah



Etanol